Marilah Menuju Kejayaan Mencapai Kemenangan Dunia & Akhirat
Saturday, September 27, 2008
Tadarus Al-Quran Dan Ifthor Jamei Masjid Assomadi
Tanggal 27 Ramadhan 1429H bersamaan 27 September 2008, 2 ekor lembu telah ditumbangkan bagi penyediaan juadah berbuka puasa. Kerja-kerja melapah daging dan penyediaan juadah berbuka dilakukan secara gotong royong oleh ahli-ahli jemaah. Seperti tahun-tahun yang lalu,program sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara jemaah.
Program yang bermula dengan Tadarus Al-Quran yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Shukri Ramli, Ahli Jawatankuasa Masjid Assomadi Geting dan dihuraikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ropein Hassan, Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam(MPKB-BRI).
Kepada Penderma Budiman, Masjid Assomadi memerlukan sumbangan anda bagi pembangunan Islam disini. Anda boleh menderma kepada 4 Tabung iaitu TABUNG ANAK YATIM, TABUNG ILMU, TABUNG MASJID dan TABUNG AL-INAYAH.
No comments:
Post a Comment