Saturday, October 18, 2008

Gotong Royong Sudahpun Bermula

Untuk makluman, berikut adalah maklumat berkenaan dengan akaun yang boleh disalurkan bagi penderma untuk menyalurkan derma anda bagi membina pagar kubur :-

Nama Bank : Bank Islam Cawangan Kubang Kerian

Nama Akaun : Tetuan J/K Kemajuan Masjid Mukim Geting
Daerah Pengkalan Kubor


Nombor Akaun : 03018010110535

Segala derma yang dihulur ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Aktiviti gotong royong membina pagar kubur ini telah dimulakan oleh pemuda, belia dan remaja disekitar Mukim Geting. Mereka telah meluangkan masa diwaktu malam bagi membina pagar kubur tersebut. Berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka dan bersama keberkatan yang ada pagar kubur ini dapat disiapkan dalam jangka waktu yang ditetapkan. InsyaAllah.

Taklimat Gerak Kerja Membina Pagar Kubur

17/10/2008 Ahli Jawatankuasa Masjid Assomadi telah memanggil 50 0rang tukang bagi membincangkan kaedah bagi membina pagar kubur di Kg Geting Tengah. Perbincangan yang berlangsung selepas Solat Jumaat dan bertempat di masjid.


Tuesday, October 7, 2008

Derma Pembinaan Pagar Kubur Kg Geting Tengah

Assalamualaikum WBT.

Masjid Assomadi Geting akan menaik taraf pagar perkuburan Islam Kg Geting Tengah. Bermula Ramadhan yang lalu ahli jawatankuasa masjid telah menyediakan tabung-tabung bagi tujuan tersebut. Sumbangan derma yang dihulurkan amatlah dialu-alukan dan boleh disalurkan kepada :

1- Ustaz Hj Muhammad Bin Hj Deraman (Imam Tua) - 0199535863

2- Ustaz Rosli Bin Latiff (Imam Muda) - 0139581786

3- Hj MOkhtar Bin Abdullah (Setiausaha) - 0129480848

4- Hj Yusoff @ Musa Bin Yaacob (Bendahari) - 0129868456

"Selamat Menderma"

Friday, October 3, 2008

Majlis Sambutan Aidilfitri Assomadi Geting

" Indah langit kerana Awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Ramadhan kerana keinsafan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan."

Alhamdulillah setelah sebulan mengharungi Ramadhan Al-Mubarak, kemenangan menentang hawa nafsu menjelma. Pengajaran sepanjang 30 hari menahan lapar dan dahaga ditempuhi dengan sabar dan redha. 1 Syawal, hari kemenangan yang ditunggu muncul dan menjadi medan untuk merapatkan ukhuwwah sesama Islam. Itulah di antara tujuan Majlis Sambutan Aidilfitri 1429H Masjid Assomadi Geting diadakan. Mesyuarat ahli jawatankuasa masjid memutuskan untuk mengadakan majlis tersebut pada 2 Syawal iaitu pada hari Khamis bermula jam 10:00 pagi dan berakhir pada pukul 1:00 tengahari. Sambutan yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk memperkenal dan mendekatkan ahli jawatankuasa masjid yang baru kepada ahli qariah khusunya dan anak-anak perantauan amnya. Disamping itu penganjuran juga bertujuan untuk merapatkan ukhhuwah Islamiyyah dikalangan masyarakat setempat dan mempelbagaikan kegiatan dakwah terutamanya pendekatan terhadap golongan belia dan remaja. Pada jamuan tersebut para tetamu dihidangkan dengan nasi dagang dan kuih muih. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke majlis tersebut.

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-MINAL AIDIL WALFAIZIN


Duduk dari kiri : Hj Yusoff Husin, Hj Mokhtar Abdullah, Ustaz Rosli Latiff (Imam Muda), Ustaz Hj Muhammad Deraman (Imam Tua), Hj Yusoff @Musa Yaacob dan Mohd Subri Hussain.
Berdiri dari kiri : Hj Mohd Nor Man, Hj Abdullah Daud, Che Rosadi Che Ibrahim, Kamazelan Abdul Talib, Nik Sin Nik Lah, Tok Siak dan Hassan Mamat.


"Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhu'lah.
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah.
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.
Ikhlaskan semuanya dan dekatlah pada Allah SWT.
Agar tunduk di saat yang lain angkuh...
Agar teguh di saat yang lain runtuh...
Agar tegar di saat yang lain terlempar..."

Salam Lebaran.... Maaf Zahir & Batin