Sunday, March 21, 2010

Sambutan MaulidurRasul 1431 H 2 Bersama Hijjaz

Sempena dengan majlis penyampaian sumbangan anak yatim kelolaan masjid kita yang seramai 220 orang oleh Permata Hijrah, satu persembahan nasyid oleh Kumpulan Hijjaz diadakan di Pantai Geting. Majlis turut di serikan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Zainudin, Mudir Maahad Muhammadi Pasir Pekan.








Saturday, March 20, 2010

Sambutan MaulidurRasul 1431 H

Alhamdulillah sekali lagi kita bertemu di dalam bulan Rabiul Awal iaitu bulan kelahiran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Dan seperti biasa kemeriahan sambutan tersebut telah diisi dengan pelbagai program untuk kebaikan kita semua.